Hii there im armand hope all is well im doin interior design so log in my site for interior design works that i did in singapore and around asia..hope it will help u and ur love ones for ur future cove cheers armand ps; add me in pls..
Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.
Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata “Tidak” di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “Ya”.
Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.
Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu? Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu! Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu. Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan.. Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.